Selasa, 3 April 2012

saje nk jatuh sekolah agama


   myMETRO dirotan kerana ejek kawan

CALAR BALAR... Abd Rahim melihat kesan calar di belakang anaknya Amir Azamuddin selepas dirotan ustaz tahfiz.
CALAR BALAR... Abd Rahim melihat kesan calar di belakang anaknya Amir Azamuddin selepas dirotan ustaz tahfiz.
MELAKA: Kesalahan didakwa dilakukannya hanyalah mengejek kawan, namun balasan diterima seorang pelajar sekolah tahfiz di Alor Gajah, dekat sini, sangat memilukan apabila dirotan beberapa kali oleh ustaz di depan pelajar lain.
Akibat kejadian jam 7.30 pagi Khamis lalu, Amir Azanuddin Abd Rahim, 14, lebam dan calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan belakang betis selepas dipukul beberapa minit dengan rotan sebesar ibu jari.

Difahamkan, ustaz berusia 40-an itu dikatakan membalut hujung rotan dengan pita pelekat sebelum merotan mangsa selepas mengetahui perbuatan Amir Azanuddin dan tindakan itu dibuat di dalam sebuah bilik di tahfiz itu.
Mangsa yang tidak tahan disebat dengan rotan kemudian melarikan diri ke luar dan meminta pertolongan daripada seorang peniaga lelaki dikenali sebagai Along.

Bapa mangsa, Abd Rahim Abdul Wahid, 37, ketika ditemui di rumahnya malam kelmarin berkata, dia suami isteri kesal dan tidak menyangka ustaz terbabit sanggup merotan anak kedua daripada lima beradik itu hingga terpaksa menahan kesakitan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia pergi mengambil anak perempuannya di sekolah sebelum dihubungi isterinya, Memedalina Abu, 34, memberitahu seorang lelaki datang ke rumah mereka di Taman Seri Sutera, Pengkalan, Alor Gajah jam 1 tengah hari menceritakan Amir Azanuddin menangis akibat dirotan seorang ustaz.
“Isteri berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Along beritahu, anak kami menangis dan berlari-lari di kawasan Masjid Alor Gajah kerana dipukul ustaz. Along minta isteri saya pergi melihat keadaan anak.

“Sebaik mendapat tahu, saya terus pergi mengambil anak pada jam 1.40 tengah hari yang ketika itu berada di dalam masjid itu.
“Ketika sampai, saya minta rakannya panggil anak saya dan apabila memeriksa fizikalnya ada banyak calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan betis. Dia (anak) beritahu dipukul ustaz kerana mengejek kawan,” katanya.

Abd Rahim yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, tindakan ustaz terbabit merotan anaknya tidak setimpal kesalahan dilakukan.

Katanya, dia suami isteri sepakat menghantar anaknya menyambung pelajaran tahfiz di maahad tahfiz persendirian itu dengan niat supaya menjadi guru agama.

“Saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada jam 7.15 malam hari sama kerana tidak mahu pelajar lain mengalami nasib seperti anak saya dan berharap ustaz terbabit menerima balasan atas tindakannya.

“Selepas membuat laporan, pegawai penyiasat memanggil ustaz terbabit ke balai, dan saya serta isteri bersemuka dengannya.

“Ustaz itu mengaku memukul anak saya dan memohon maaf berkali-kali kerana mendakwa ketika itu dia terlalu beremosi. Namun saya hanya mendiamkan diri mendengar pengakuannya,” katanya.

Sementara itu, Memedalina berkata, dia tidak dapat menerima tindakan ustaz terbabit merotan anaknya hingga meninggalkan kesan teruk.

Katanya, sebelum ini mangsa pernah belajar di sebuah tahfiz di Langkap, Perak dalam jurusan hafazan dengan yuran RM200 sebulan dan tidak timbul masalah.

“Ketika belajar di sana, dia tinggal dengan datuknya dan tidak timbul masalah seperti di sekolah ini. Jadi saya dan suami sepakat supaya anak sambung belajar di tahfiz di sini (Alor Gajah) dengan yuran sama dalam ilmu kitab, dan dijangka keluar apabila genap 21 tahun.

“Mula-mula mendaftar dulu, kami dimaklumkan maahad di situ tidak menggunakan rotan, namun sebaliknya berlaku.

“Sekarang anak saya tidak mahu sambung belajar lagi dan saya rasa kesal dan terkilan dengan apa yang beraku. Malah, saya kesal apabila ustaz terbabit mengaku dan memohon maaf kerana alasan dia tidak sengaja merotan anak kami,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan