Khamis, 14 Jun 2012

kemajuan ict merosakkan bahasa melayu

                                                   
1.0 Pendahuluan
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. . Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada kesan-kesanyang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya kesan-kesan tersebut akan membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, kesan-kesan ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang kesan-kesan yang dihadapi oleh pencemaran penggunaan bahasa melayu berdasarkan ledakan ict di masa kini.

2.0 Ciri-ciri pencemaran bahasa melayu
         Terdapat beberapa ciri yang dapat diklasifikasikan untuk mengetahui ciri-ciri pencemaran     bahasa melayu.
1.         Pengutamaan bahasa asing
2.         Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3.         Kesalahan ejaan
       




2.1 Pengutamaan bahasa asing
          Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana.
Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan maruah bahasa melayu.
Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.

 2.2 Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa melayu
          Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu  secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.
Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, ' x ' bagi maksod tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne ' bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq ' bagi maksod terima kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya.

 2.3  kesalahan ejaan dan singkatan perkataan.
      Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak, misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.

3.0 Kesan-kesan pencemaran bahasa melayu
Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.

3.1 Bahasa menjadi rosak
Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat lima kesan yang utama. Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial.

3.2  Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini. Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.

3.3 Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa
Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh berkata:

“Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang tidak pandai berbahasa kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya atau merasa darjat sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia bercakap dalam bahasa ini. Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang lain di dunia pun tidak mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini kebanyakan kursus sastera dan Bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika sudah ditutup, sementara kajian China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang berkembang. Di depan mata kita Bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan sebahagiannya sudah mati untuk selama-lamanya sekiranya kita tidak berbuat apa-apa dan terparah adalah antara yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak membunuh bahasa ibundanya. Kitalah yang dianugerah berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasan - dan kitalah yang membunuhnya. Gerakan Dunia pasca kolonialisme bergelora di banyak buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia, Nigeria dan Kenya, Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan Argentina. Ada semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai tindak balas daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga dirampas bahasa dan budayanya.”



3.4 Gejala sosial semakin berleluasa
Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi ‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.

 3.5 Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar
Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 4.0 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:
Memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja;
Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.

Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.


5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan