KENAPA PERLU FORMAT ?
Format hard disk dan install Windows 7 ke dalam komputer biasanya
dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
- Anda
baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu
memasukkan OS ke
dalamnya.
- Windows
anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali
Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya
komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Tetapkan Boot Sequence
Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows 7 yang akan
dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih
dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi
anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk
sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti
langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa
yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan
asasnya tetap sama)
- Hidupkan
komputer anda.
- Tekan
butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk
melancarkan BIOS.
- Dalam
Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
- Pilih Boot Sequence.Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
- Tekan
F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
* Cara akses BIOS adalah berbeza
mengikul Model Laptop, contohnya :
-
ACER – tekan butang ‘f2’ ,
atau ‘f12’ untuk shortcut ke boot sequence.
- COMPAQ, HP – tekan
butang ‘f10’, atau butang ‘f9’ untuk shortcut ke boot sequence.
- DELL
– tekan butang ‘f2’
Cara-cara
memasang Windows 7
Seperti biasa, perkara
pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD
ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot
sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan
DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.
1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan mesej
“Windows is loading files…”,
2. Kotak
pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang,
serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
3. Klik
pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
4. Tandakan
pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
5.Klik
pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7
6. Pilih
partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
7. Proses
pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
8. Setelah
proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan
asas terhadap pemasangan Windows 7 anda. Kemudian klik Next.
9. Masukkan
kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
10. Masukkan
nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft , dan klik Next.
11. Pilih
pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa
dikemaskini
12. Pilih
zon waktu anda dan klik ‘Next’
13. Kini
Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
PEMASANGAN
(INSTALL DRIVER UNTUK WINDOWS )
Adalah diingatkan, selepas
anda selesai install/pasang windows, pastikan anda install driver untuk
notebook/laptop anda. Driver untuk windows adalah berbeza mengikut model,
jenis, dan juga O/S atau Windows yang anda install. Contohnya, notebook/laptop
Acer/Hp/Compaq, model Aspire/CQ/DV, dan Windows 7 /Vista/ Xp, 32bit atau 64
bit.
Berikut adalah link
url/website untuk download driver windows anda.
Sekiranya anda sukar atau
tidak masih menjumpai page/website untuk windows driver model laptop/notebook
anda, gunakan carian di google, contoh : ‘Compaq Presario v3512tu windows 7
driver ‘ pada ruangan ‘search’ di google.
Penganjur menyediakan
Komuniti Facebook untuk peserta Bengkel Format Laptop. Semua peserta dijemput
secara ‘private’ untuk menyertai komuniti ini.