1.0
Pendahuluan
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang
sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan
negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa
Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan
dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan
bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. . Jadi, pelbagai seminar atau
pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada
setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini,
perbincangan akan ditumpukan kepada kesan-kesanyang dihadapi oleh bahasa Melayu
dalam abad ke-21 supaya kesan-kesan tersebut akan membantut perkembangan bahasa
Melayu pada masa akan datang. Justeru, kesan-kesan ini tidak akan mengancam
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di
Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya
jelas tentang kesan-kesan yang dihadapi oleh pencemaran penggunaan bahasa
melayu berdasarkan ledakan ict di masa kini.
2.0
Ciri-ciri pencemaran bahasa melayu
Terdapat beberapa ciri yang dapat diklasifikasikan untuk mengetahui
ciri-ciri pencemaran bahasa melayu.
1. Pengutamaan
bahasa asing
2. Penggunaan
bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3. Kesalahan
ejaan
2.1
Pengutamaan bahasa asing
Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan
bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa
yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan
seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana.
Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa
kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyarakat Melayu itu
sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran
matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu ditukarkan
format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan
maruah bahasa melayu.
Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan
bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada
anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang
akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan sedangkan
mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah
berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.
2.2 Penggunaan bahasa yang tidak menepati
tatabahasa melayu
Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua
individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa.
Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan
penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.
Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan
Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga
dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan sms dan sembang Internet di
kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka
seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Setiap hari kita dapat
melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau simbol
disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya
terikut-ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka
urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian
dalam sms ialah, ' x ' bagi maksod tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne '
bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq ' bagi maksod terima
kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya.
2.3
kesalahan ejaan dan singkatan perkataan.
Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia,
tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk
tujuan rasmi atau tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut
dipikul oleh semua pihak, misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi
khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. Selain itu,
penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu
dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah
Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi
memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang
kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan
1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang
di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.
3.0
Kesan-kesan pencemaran bahasa melayu
Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah
pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang
paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau
tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya
dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah
remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi
sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok
oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan
penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk
menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan
penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di
sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu
Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti
bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil
sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu
pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan
menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya
pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau
menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan
menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.
3.1
Bahasa menjadi rosak
Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor
pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai
kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat lima kesan yang utama.
Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila
bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan
bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan
menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu
bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya
bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian,
mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial.
3.2 Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi
akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila
bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan
datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan
terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan
seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada
masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari
nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini,
mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di
alam siber ini. Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan
Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu
merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud,
Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang
sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa
pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita
seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya
menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus
pemodenan atau globalisasi.
Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu
kian dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada
masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan
pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh
generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah
terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka
berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang
tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi
kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari,
tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang
sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.
3.3
Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa
Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di
alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran
bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang
mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang
digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang
mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa
tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan
dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka
tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian,
bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara. Apabila bahasa tercemar maka ini
akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari
sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk
memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain
itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah
tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah
hilang identiti bahasa tersebut.
Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran
KALAM, JKKN dan DBP, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof.
Dr. Muhammad Haji Salleh berkata:
“Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang
tidak pandai berbahasa kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya
atau merasa darjat sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia
bercakap dalam bahasa ini. Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang
lain di dunia pun tidak mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini
kebanyakan kursus sastera dan Bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika
sudah ditutup, sementara kajian China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang
berkembang. Di depan mata kita Bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan
sebahagiannya sudah mati untuk selama-lamanya sekiranya kita tidak berbuat
apa-apa dan terparah adalah antara yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya
dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak membunuh bahasa ibundanya.
Kitalah yang dianugerah berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasan - dan
kitalah yang membunuhnya. Gerakan Dunia pasca kolonialisme bergelora di banyak
buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia, Nigeria dan Kenya,
Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan Argentina. Ada
semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai tindak balas
daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga dirampas bahasa
dan budayanya.”
3.4
Gejala sosial semakin berleluasa
Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam
siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang
sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk
menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam
perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi
‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila
ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa
sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar
dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak
yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar
atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap
pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung,
adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam
kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.
3.5 Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan
pelajar
Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan
istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini
akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang
sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan
keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh
untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan
penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di
sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu
Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti
bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil
sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu
pantun dan syair. Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu
mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu
untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini
memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya.
Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain
akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh
itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga
pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal
ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak
mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan
bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa
Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
4.0 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran
Bahasa
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini,
tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting.
Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi
tersebut adalah seperti yang berikut:
Memastikan semua pegawai dan
kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua
urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan
apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing
dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi
dalam bahasa asing).
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu
yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam
hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan
kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan
lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan
sahaja;
Menjalankan latihan dan
menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran
dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Dalam masa yang sama, DBP telah
berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam
melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan
bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di
papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam
bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah
pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa
yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata,
pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun
pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan
segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau
disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP.
Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat
atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
Selain itu, satu Khidmat Nasihat
Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk
mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang
dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP
adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159
munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara
untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan
mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.
Dari segi pendidikan pula, para
guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah
terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah
rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan
yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan
gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta
menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong
dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud
perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan
rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd.
Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan
pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan
kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis
dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.
5.0
Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu
isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika
pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan
kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada
di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak
yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa
menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan
rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau
sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi
ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak
seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal
ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa
Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa
yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri.
Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar.
Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit
majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab
membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk
mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari
sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi
ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara
yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif.
Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah
kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara
yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika
pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa
kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan