Sabtu, 8 Disember 2012

CARA FORMAT WINDOW 7


KENAPA PERLU FORMAT ?
Format hard disk dan install Windows 7 ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows 7 yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
  4. Pilih Boot Sequence.
    Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

  5. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

* Cara akses BIOS adalah berbeza mengikul Model Laptop, contohnya :
            -           ACER – tekan butang ‘f2’ , atau ‘f12’ untuk shortcut ke boot sequence.
-           COMPAQ, HP – tekan butang ‘f10’, atau butang ‘f9’ untuk shortcut ke boot sequence.
            -           DELL – tekan butang ‘f2’

Cara-cara memasang Windows 7
Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan mesej “Windows is loading files…”, 


                            

                                                                                                      
2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.

                           



3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.




4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.



5.Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7



6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.


7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.



8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap   pemasangan Windows 7 anda. Kemudian klik Next. 



9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.



10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft , dan klik Next.


11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini
 






12. Pilih zon waktu anda dan klik ‘Next’


13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.



PEMASANGAN (INSTALL DRIVER UNTUK WINDOWS )

Adalah diingatkan, selepas anda selesai install/pasang windows, pastikan anda install driver untuk notebook/laptop anda. Driver untuk windows adalah berbeza mengikut model, jenis, dan juga O/S atau Windows yang anda install. Contohnya, notebook/laptop Acer/Hp/Compaq, model Aspire/CQ/DV, dan Windows 7 /Vista/ Xp, 32bit atau 64 bit.
Berikut adalah link url/website untuk download driver windows anda.
Acer                  -         http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers
HP, Compaq    -         http://www8.hp.com/my/en/support-drivers.html
ASUS                -         http://support.asus.com/download/download.aspx?SLanguage=en-us
LENOVO         -         http://www-307.ibm.com/pc/support/site.wss/homeLenovo.do

Sekiranya anda sukar atau tidak masih menjumpai page/website untuk windows driver model laptop/notebook anda, gunakan carian di google, contoh : ‘Compaq Presario v3512tu windows 7 driver ‘ pada ruangan ‘search’ di google.
Penganjur menyediakan Komuniti Facebook untuk peserta Bengkel Format Laptop. Semua peserta dijemput secara ‘private’ untuk menyertai komuniti ini.






9 ulasan: