Isnin, 2 April 2012

hubungan antara persepsi masalah, tindakan dan kesan terhadap prestasi pekerja dan jabatan


Pengenalan

Dalam dunia yang serba membangun pada masa kini, banyak tenaga-tenaga yang diperlukan dalam membangunkan negara kita. Ini boleh dikaitkan dengan pembangunan modal insan yang dikatakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa yang akan datang. Manusia dikatakan aset kepada sesebuah organisasi mahupun jabatan. Sumber manusia adalah tunggak kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi ataupun negara. Sumber manusia yang berkualiti adalah sukar di bentuk kerana terdapat banyak halangan dalam membangunkan sumber manusia yang berkualiti dan berkuantiti mengikut jenis-jenis pasaran yang ada pada masa kini. Terdapat banyak halangan yang dihadapi terutamanya dalam mengatasi msalah dalam membagunkan modal insane yang berjaya. Tambahan pula, terdapat juga masalah yang tidak dapat di hindari dalam sesebuah organisasi ataupun sesebuah jabatan.

Setelah meneliti jurnal yang dikarang oleh Zakaria Ismail, Abdullah Omar dan Khulida Kirana Yahya, saya mendapati bahawa tajuk jurnal yang di ulas adalah sangat sesuai dengan setiap ulasan yang telah di sampaikan. Tajuk jurnal yang telah disampaikan ialah mengenai masalah pekerja. Tajuk jurnal ialah pekerja bermasalah: hubungan antara persepsi masalah, tindakan dan kesan terhadap prestasi pekerja dan jabatan. Sepertimana yang kita ketahui,sumber manusia adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana sumber manusia ini akan menentukan bahawa setiap organisasi dapat mencapai target ataupun tidak. Etika kerja adalah amat penting dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi dan juga meningkatkan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi mahupun jabatan.

Terdapat banyak kebaikan dan juga kelemahan dalam sesebuah organisasi. Penulis telah menerangkan bahawa pekerja yang bermasalah dan langkah untuk menangani pekerja yang mempunyai masalah tersebut. Dalam jurnal ini, banyak cara bagi mengatasi masalah dan setiap masalah dalam sesebuah organisasi mahupun dalam sesebuah jabatan akan memberi kesan yang negatif iaitu dalam mencapai prestasi dan juga imej sesebuah organisasi kepada organisasi yang lain. Cadangan yang telah dinyatakan dalam jurnal yang telah saya baca itu mempunyai banyak faedah dan cara bagi menangani masalah pekerja yang bermasalah. Persepsi adalah perkara yang tidak dapat kita elak kerana persepsi akan memberi kita andaian mahupun tanggapan terhadap sesuatu perkara mahupun sikap manusia terutamanya bagi menjamin matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai. Jurnal ini dapat memberi sumber inspirasi kepada pengurus-pengurus yang baru dalam mentadbir sesebuah organisasi kerana penulis telah menyatakan dengan teliti tindakan dan cara untuk mengatasi masalah pekerja yang bermasalah itu.

Selain daripada itu, pekerja yang dianggap sebagai pekerja yang bermasalah ialah apabila mereka menunjukkan kelakuan yang negatif seperti tidak hadir kerja tanpa cuti, lewat datang ke tempat kerja, ingkar pada arahan, prestasi rendah, masalah emosi, penipuan dan pergaduhan (O’Reilly 111 & Weitz, 1980). Ini adalah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap pekerja yang mempunyai masalah dan sekiranya masalah seperti ini sering berlaku, ia akan mengakibatkan prestasi kerja akan menurun dan imej sesebuah organisasi mahupun jabatan akan tercemar. Tindakan yang diambil kepada pekerja yang bermasalah ialah memberi nasihat, memberi amaran dan memberhentikan kerja (Zakaria, Abdullah & khulida kirana, 2003). Ini adalah langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah pekerja yang bermasalah. Sekiranya pengurus terus mengambil tindakan yang keras tanpa memberi peluang kepada pekerja untuk membaiki kesalahan yang telah dilakukan, maka peningkatan terhadap prestasi kerja akan menurun akibat pembuangan pekerja tanpa menyelidik dan memberi peluang kepada mereka. Ini adalah langkah yang sempurna bagi melahirkan pekerja yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan dalam meningkatkan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi mahupun jabatan. Sudah menjadi kebiasaan setiap pengurus dalam menangani masalah para pekerja dengan mencari jalan penyelesaian. Gaya pengurus menangani masalah yang dihadapi oleh pekerja juga dipengaruhi oleh bagaimana masalah itu diklasifikasikan mengikut keseriusan masalah berkenaan (Zakaria, Abdullah & Khulida Kirana, 2003).

Manakala menurut O’Reilly 111 & Weitz (1980), empat langkah yang digunakan adalah wajar kerana ini dapat menangani masalah yang dialami oleh pekerja. Cara yang digunakan seperti amaran secara lisan dan tidak formal, amaran bertulis secara formal, gantung kerja atau tahan gaji dan juga pembuangan kerja. Ini dalah salah satu langkah yang drastik bagi mengatasi masalah pekerja yang bermasalah. Kebijaksanaan pengurus juga dapat mempengaruhi sikap pekerja kerana pengurus merupakan model kepada setiap pekerja. Tambahan pula pengurus mempunyai kuasa dalam pentadbiran dan setiap pekerja harus mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditentukan oleh pihak atasan terutamanya pengurus.

Sumber yang diperolehi oleh penulis adalah sangat terperinci kerana langkah-langkah yang diambil adalah langkah dari awal lagi iaitu yang bermula dari nasihat sehinggalah ke pembuangan kerja. Setiap tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menjamin prestasi dan mutu kerja dapat dikekalkan. Dalam jurnal tersebut, indeks yang dinyatakan dengan jelas menyebabkan pembaca faham akan jumlah peratusan yang disampaikan.

Terdapat banyak masalah yang melanda setiap pekerja terutamanya dalam organisasi ataupun jabatan. Kita boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan beberapa strategi yang bijak. Antara strategi yang digunakan ialah dengan mengambil tindakan keatas pekerja yang bermasalah. Setiap pekerja yang mempunyai masalah dalam sesuatu pekerja, setiap pengurus hendaklah mengambil tindakan keatas pekerja tersebut agar masalah yang dihadapi oleh pekerja itu dapat diselesaikan dengan cepat dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja. Prestasi kerja setiap pekerja harus diukur bagi memastikan sesebuah organisasi dapat mencapai target yang telah ditetapkan.

Tindakan yang sewajarnya perlu diambil dalam mengatasi masalah pekerja yang bermasalah ialah tindakan disiplin. Tindakan disiplin harus diberi keutamaan kerana disiplin yang akan menentukan sikap dan prestasi kerja dapat ditingkatkan. Disiplin yang tinggi terhadap sesuatu pekerjaan boleh dikaitkan dengan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan, menepati masa, menghormati antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi dan sebagainya lagi yang tidak melanggar peraturan. Sepertimana yang kita ketahui, disiplin merupakan asas kepada kehidupan kita yang wajib kita ikuti. Disiplin ini juga telah diasuh dari peringkat pendidikan yang paling rendah lagi iaitu di peringkat kanak-kanak lagi. Patuh akan disiplin merupakan asas kejayaan seseorang. Sekiranya pada peringkat kanak-kanak lagi disiplin tidak dititikberatkan maka ia akan menular ke dewasa kelak.

Dalam organisasi, disiplin juga amat penting dan dititikberatkan kerana bagi menjamin prestasi dan para pekerja melakukan kerja dengan beretika. Tindakan disiplin yang boleh diambil dalam sesebuah organisasi bagi mengatasi masalah pekerja dengan menggantung atau menagguhkan gaji pekerja yang mempunyai masalah. Sekiranya pekerja mempunyai masalah, mereka akan berkemungkinan akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi seperti dating lewat ke tempat kerja, cuti tanpa surat, merosakkan harta benda dan sebagainya. Dengan adanya tindakan seperti ini, mereka akan menyelesaikan masalah mereka dengan efektif dan mereka boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kerja mereka dan mereka juga dapat meningkatkan prestasi kerja mereka.

            Selain itu juga, nasihat juga akan diberikan kepada pekerja yang mempunyai masalah. Dengan adanya bimbingan nasihat yang diberikan kepada pekerja, mereka akan lebih bermotivasi dan akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian. Nasihat dapat diberikan melalui banyak cara sepeti secara bersemuka, melalui rakan sekerja dan sebagainya. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada pekerja supaya lebih peka terhadap masalah dan setiap masalah tidak boleh dicampur dan dibawa ke tempat kerja. Ini adalah kerana masalah yang dibawa ke tempat akan mempengaruhi prestasi kerja. Nasihat yang diberi hendaklah di sampaikan demi bertujuan untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah.

            Tambahan lagi, tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah pekerja yang bermasalah ialah dengan member amaran kepada pekerja yang mempunyai masalah. Setelah nasihat yang diberikan kepada pekerja yang mempunyai masalah tetapi nasihat itu tidak dimanfaatkan maka amaran yang pertama boleh dikeluarkan. Amaran itu hendaklah tidak terlalu kasar. Ini bertujuan menyedarkan pekerja yang mempunyai masalah itu sedar akan kesalahan yang dilakukan semasa berada di tempat kerja. Amaran ini boleh disampaikan dalam beberapa bentuk seperti berbentuk tidak formal samada bertulis atau tidak, secara lisan dan juga secara formal iaitu berjumpa dengan pegurus itu sendiri. Sekiranya amaran tidak dapat dikeluarkan, maka pekerja yang bermasalah itu mengaggap bahawa pihak atasan tidak hirau akan kesalahan yang dilakukan. Ini akan mengakibatkan pekerja lain turut melakukan perkara yang sama dan ini akan menyebabkan prestasi pekerja akan jatuh. Dengan adanya amaran ini, pekerja akan berasa mereka akan diberhentikan kerja sekiranya mereka tidak melakukan kerja dengan betul dan mereka akan cuba mengatasi masalah tersebut serta meningkatkan prestasi mereka.

            Selain daripada amaran, cara yang terakhir untuk menangani masalah pekerja yang bermasalah ialah dengan memberhentikan mereka bekerja. Ini merupakan kaedah yang terakhir setelah nasihat dan amaran diberikan. Dengan cara in sahaja dapat meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi. Pekerja yang lain akan melakukan kerja dengan betul dan tanpa menimbulkan sebarang masalah kerana mereka khuatiri mereka akan dibuang kerja sekiranya mempunyai masalah dan masalah tersebut dibawa ke tempat kerja. Pekerja yang mempunyai masalah termasuklah masalah disiplin akan cuba untuk diberi peluang sebelum dibuang kerja.

            Strategi yang lain turut digunakan ialah melalui kaedah psykologi. Psykologi dapat dibahagikan kepada beberapa kaedah yang lain termasuklah memberi ganjaran kepada pekerja yang dapat meningkatkan prestasi kerja. Sekiranya setiap pekerja dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kerja bermakna mereka tidak mempunyai sebarang masalah ataupun mereka tidak membawa masalah tersebut ke tempat kerja.

Penulisan dalam jurnal ini terdapat juga kekeliruan kepada pembaca kerana ayat yang digunakan dalam penulisan ini membuatkan pembaca tidak dapat mengesan akan keterangan yang hendak disampaikan. Ayat yang sukar untuk pembaca fahami menyebabkan keterangan menjadi tergantung dan pengajaran yang hendak disampaikan tidak kesampaian. Huraian ayat bagi setiap fakta tidak terperinci kerana sumber yang didapati tidak menerangkan dengan jelas tentang perkara yang dibincangkan.

Terdapat cara untuk memperbaiki cara penulisan ini dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh pembaca dan pengolahan setiap sumber hendaklah lebih lanjut lagi. Keterangan yang lanjut dapat mengukuhkan pembaca mengenai sumber yang diperoleh adalah benar. Manakala sumber numerical hendaklah dinyatakan sumber kerana seandainya tiada sumber maka pembaca tidak akan yakin tentang peratusan yang telah ditunjukkan walaupun ianya benar.

Sebagai kesimpulan yang dapat dibuat disini, masalah pekerja yang bermasalh dapat diatasi sekiranya terdapat pelbagai pihak sama-sama mencari jalan penyelesaian. Pihak atasan juga harus mengadakan pemeriksaan atau tinjauan bagi mengatasi masalah ini serta sekaligus dapat mengetahui tentang keadaan pekerja dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.










Reference

Abdullah Omar, Zakaria Ismail & Khulida Kirana Yahya, 2003. Pekerja bermasalah: Hubungan
antara persepsi masalah, tindakan dan kesan terhadap prestasi pekerja dan jabatan,
Journal of Utara Management Review, 4(1), 67-84
O’Reilly, C. A. 111, & Weitz, B. A. 1980. Managing marginal employees: The use of warnings
and dismissals. Administrative Science Quarterly, 25: 467-484

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan